Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 9, 2014

Ancaman Islam: ISMA Pertahan Kenyataan Muhyiddin

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempertahankan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ancaman umat Islam dan Melayu di negara ini.

Presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kenyataan Muhyiddin adalah berdasarkan fakta yang membuktikan wujud tekanan pelbagai pihak yang cuba mengugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

"Selain itu, terdapat juga perancangan rapi dan tersusun yang boleh mengakibatkan bangsa Melayu terpinggir dan merana di bumi sendiri," katanya dalam satu kenyataan di laman web ISMA.

Dalam ucapan di sebuah majlis berbuka puasa di Melaka kelmarin, Muhyiddin mengingatkan bahawa kedudukan Islam di Malaysia telah berhadapan dengan tekanan demi tekanan terutamanya termasuk mengenai pelaksanaan undang-undang oleh Mahkamah Syariah.

Beliau berpandangan, tidak ada kontroversi dalam kenyataan Muhyiddin seperti didakwa DAP yang didakwanya cuba membayangkan Muhyiddin seorang taksub dan pelampau dan anti bukan Melayu.

Abdullah turut menempelak DAP yang merupakan sebuah parti ekstrim dan lupa daratan dengan sengaja memberi tekanan kepada Muhyiddin supaya disingkirkan daripada kabinet.

“Kecaman yang dibuat DAP adalah sebahagian daripada tekanan ke arah tersebut. DAP dan parti-parti Cina berselindung di sebalik slogan multiracial untuk memaksa kehendak mereka dan menidakkan hak-hak kaum Melayu dan Islam,” katanya.

Sementara itu, Abdullah turut mengingatkan umat Islam agar sedar ancaman yang dihadapi di samping menganggap Malaysia kini sedang menjurus ke arah konflik kaum.

“Sememangnya terdapat bukti kukuh di mana pihak-pihak tertentu sedang memaksa kehendaknya ke atas orang Melayu Islam dan menafikan kedaulatan mereka serta hak-hak mereka yang dijamin perlembagaan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment