Pergeseran dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan dalam kerajaan negeri Selangor memberi mesej jelas bahawa gabungan parti itu belum bersedia memerintah sebuah negara, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata krisis kepimpinan yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini melambangkan kurangnya kemampuan parti itu untuk mentadbir dengan berwibawa malah percakaran antara pemimpin menunjukkan pentadbiran mereka adalah lemah.
"Ini memberi gambaran jelas bahawa PR masih belum mampu mentadbir kerana krisis jawatan Menteri Besar Selangor pun masih berlarutan sehingga terpaksa mengambil masa sampai setahun.
"Menteri Besar yang ada sekarang pula tidak dapat sokongan daripada pemimpin parti menyebabkan timbul pula krisis air dan sebagainya, jadi apakah mesej yang cuba mereka (PR) sampaikan kepada rakyat?" katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim anjuran Pemuda Umno Selangor di Klang pada Isnin malam.
Bernama melaporkan Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan tekanan hebat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat sendiri sehingga ada yang mendesaknya meletakkan jawatan.
Jelas Khairy, krisis jawatan itu ibarat memberi tamparan hebat kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kerana dilihat masih tidak dapat meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu memilih seorang menteri besar yang diterima ramai.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang didakwa cuba memutar belit peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perpaduan kaum semalam, Khairy menyifatkan ia sebagai berniat jahat.
Katanya, tindakan Kit Siang itu ibarat mahu menutup kelemahannya sendiri malah mendakwa kerapuhan perpaduan nasional masa kini turut disumbang oleh DAP.
"Selama ini sudah banyak kenyataan yang dibuat DAP mengguris perasaan bumiputera di negara ini dan beliau sendiri tidak dapat bendung kemarahan rakyat kerana dia gagal kawal kenyataan yang dikeluarkan daripada anggota parti dia sendiri," katanya.
Tambah Khairy, peringatan Muhyiddin itu seharusnya dilihat secara positif kerana tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpaduan nasional tidak terus diharmonikan oleh semua lapisan masyarakat.

No comments:
Post a Comment