BELO HORIZONTE: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat itu selepas skuad bimbingannya menanggung derita kekalahan memalukan apabila dibaham Jerman 7-1,awal pagi Rabu.
Saya ingin mohon maaf. Kepada semua rakyat Brazil, saya mohon kemaafan kerana kesilapan negatif ini,kata Scolari, 65 selepas menyaksikan pasukannya dimalukan teruk Jerman pada saingan separuh akhir dilaman sendiri.
Scolari sebelum ini pernah membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia pada 2002 turut berkata akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada prestasi hambar skuad bimbingannya.
"Saya bertanggungjawab atas apa yang pasukan saya lakukan di dalam dan luar padang dan saya yang perlu dipersalahkan dengan keputusan ini. Saya minta maaf kerana kami tidak mampu mencapai matlamat.
Peminat masih lagi menyokong kami sekalipun kami sudah dibolosi lima, enam atau tujuh kepada Jerman. Bukan sesuatu yang normal kamu melepaskan empat gol dalam masa enam minit namun ia boleh berlaku,
Malah Jerman juga seakan-akan tidak percaya ia boleh berlaku,” kata Scolari yang turut menggambarkan kekalahan itu sebagai hari terburuk buatnya
"Saya fikir ini hari terburuk saya, namun hidup perlu diteruskan. Saya akan sentiasa dikenang sebagai jurulatih yang tewas 7-1 namun saya sedar itulah risikonya ketika mengambil alih tugas ini.
saya kepada seluruh rakyat Brazil dan peminatnya ialah kami sudah lakukan yangtermampu dan kami fikir kami melakukan yang terbaik

No comments:
Post a Comment