Followers

rantau ku sayang

Tuesday, July 15, 2014

Malaysiakini Umum Khalid Tiada Harapan Pertahan Kerusi MB



Portal pro-pembangkang, Malaysiakini, menganggap Tan Sri Khalid Ibrahim sudah tiada harapan lagi untuk mempertahan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya dan membayangkan beliau sedang berada di fasa-fasa terakhir mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam sebuah artikel di portal tersebut, penganalisanya mendakwa Khalid bakal digulingkan tidak lama lagi, khususnya apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianggap akan mengarahkan beliau mengosongkan kerusi tersebut.

"Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri," kata portal yang dilihat sebagai pro-Anwar itu.

Kata portal itu lagi, Khalid kini terkontang-kanting keseorangan dalam menghadapi kemelut kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu apabila beliau dihentam oleh parti sendiri, selain orang-orang kanannya yang telah "dilumpuhkan" pihak tertentu.

"Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu," kata portal itu lagi.

Selain itu, Malaysiakini juga menyatakan bahawa sumbernya dari DUN Selangor memberitahu sebanyak 28 orang dari jumlah 31 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di negeri itu sudah bersetuju untuk mengusulkan undi tidak percaya pada Menteri Besar itu.

Bagaimanapun, KedahNews.com tidak pasti dari mana portal pro-pembangkang itu mendapat maklumat berkenaan dan tertanya-tanya apakah ia merupakan kenyataan rasmi atau sekadar cakap-cakap dari kem pihak yang memusuhi Khalid.

Rata-rata rakyat di Selangor khabarnya sedang condong menyebelahi Khalid dan tidak mahu Menteri Besar itu ditukar dengan individu lain, termasuk beberapa NGO yang sebelum ini tampil menyatakan sokongan mereka pada Menteri Besar itu.

Pun begitu, kehendak rakyat Selangor itu seolah-olah tidak dipedulikan oleh Anwar dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, membuktikan bahawa terdapat konspirasi terancang yang sangat teliti untuk menjatuhkan Khalid di Selangor.

Justeru, rakyat di Selangor diminta agar bersedia untuk menerima seorang Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi dan mungkin individu yang bakal terpilih itu lebih buruk prestasinya berbanding Khalid. 

No comments:

Post a Comment