Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 9, 2014

Khalid Tidak Kisah Usul Undi Tidak Percaya...Dulu Dipuji Sekarang Dipulau

Meskipun menerima tekanan untuk disingkirkan daripada kedudukannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap tenang menghadapi desakan termasuk yang terbaharu daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor.
Malah Menteri Besar itu tidak kisah jika dakwaan kononnya akan wujud usul undi tidak percaya terhadapnya oleh Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC).

"Tak apa, itu (usul undi tidak percaya) ada peruntukannya dalam enekmen negeri Selangor.

"Jadi bila sudah ada dalam enakmen, apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di sebuah hotel di sini.

Ditanya sama ada usul undi tidak percaya terhadapnya akan mendapat sokongan daripada wakil rakyat sekiranya berjaya dibentangkan, beliau berkata: "Saya tidak buat spekulasi dalam hal ini."

Awal hari ini (Selasa) timbul spekulasi berhubung mesyuarat khas BBC yang dipengerusikan musuh politik Abdul Khalid, Mohamed Azmin Ali bahawa satu usul undi tidak percaya akan dibuat terhadap Menteri Besar itu.

Bagaimanapun  Azmin ketika ditemui selepas mesyuarat itu menafikan isu berkenaan dan sebaliknya menggesa semua pihak menghentikan fitnah dan spekulasi terhadap Abdul Khalid. 

No comments:

Post a Comment