Followers

rantau ku sayang

Sunday, July 13, 2014

"Selamat Hari Jadi Tun Dr. Siti Hasmah"- PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik bersempena dengan hari kelahiran beliau hari ini.

``Selamat hari jadi Tun Dr. Siti Hasmah! Semoga sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik. Insya-Allah,'' kata beliau dalam tweet terbaharunya hari ini.

Dr. Siti Hasmah menyambut ulang tahun kelahiran ke-88 hari ini.

Suaminya, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun kelahiran ke-89 pada 10 Julai lepas.

No comments:

Post a Comment