”Saya rasa sakit sangat sekarang ini…,” itulah kata-kata Ifa Raziah ketika dihubungi mStar Online
pada Selasa bagi menggambarkan keadaanya selepas menjalani pembedahan membuang ketulan
pada payudaranya yang dilakukan di Pusat Perubatan Beverly Willshire, Jalan Tun Razak dekat sini,
pada Isnin.
Dalam perbualan singkat itu Ifa, 39, berkata, dia tidak dapat berborak panjang kerana keadaanya begitu
lemah selain mahu memakan ubat.

Sementara itu suaminya Mohd Yani Abdul Rahman berkata, Ifa berada dalam keadaan stabil dan
sudah sedar diri pada pukul 10 malam Isnin selepas menjalani pembedahan selama tujuh jam.
“Dia lebih baik sekarang dan sudah boleh bercakap, dia juga mengadu masih berasa sakit akibat
pembedahan semalam (Isnin).“Mungkin dalam empat hari dia akan mendapat rawatan di sini
sebelum dibenarkan keluar,” katanya.
Sebelum ini, pada tahun 2011, Ifa dijangkiti virus di bahagian payudara sehingga membuatkan
payudaranya membengkak dan ada ketulan.

Dalam pada itu, Mohd Yani berkata, rawatan susulan akan terus dilakukan bagi memastikan
ketumbuhan tersebut
ketumbuhan tersebut
tidak wujud semula.
“Ketumbuhan tersebut dikesan pada tahun 2011 lagi tetapi doktor beritahu ia tidak bahaya
dan boleh dibuang apabila ia besar.
dan boleh dibuang apabila ia besar.
“Pembedahan semalam adalah untuk buang ketumbuhan tersebut dan dalam masa yang
sama memasukkan implan ke dalam payudara agar tidak kendur,” katanya.
sama memasukkan implan ke dalam payudara agar tidak kendur,” katanya.
Sementara itu, Yani berkata, Ifa memilih bulan Ramadan bagi menjalani pembedahan tersebut
memandangkan pada bulan ini aktiviti seni agak terbatas.
memandangkan pada bulan ini aktiviti seni agak terbatas.
Ia juga membolehkan Ifa berehat panjang sebelum aktif semula melakukan persembahan.
“Kita buat bulan Ramadan kerana aktiviti seni tidak banyak dan membolehkan Ifa berehat
panjang.
“Itu pun akhir Ramadan sudah ada beberapa tawaran persembahan di Singapura, tengok
keadaan dia nanti bagaimana,” katanya.
panjang.
“Itu pun akhir Ramadan sudah ada beberapa tawaran persembahan di Singapura, tengok
keadaan dia nanti bagaimana,” katanya.
No comments:
Post a Comment