Ramai yang mungkin tidak menyedari fakta ini…
Setiap kali berlaku kematian melibatkan keselamatan negara, yang terlibat adalah Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak. Golongan yang paling kuat memekak tentang keselamatan negara, yang tidak takut 13 Mei dan yang paling kuat menyalak tentang ketirisan pelbagai perkara dalam negara, HARAM tidak langsung terlibat.
Tidak sahaja sebagai pegawai atasan, dan jauh panggang dari api kalau melibatkan anggota bawahan.
Mengapa ya?
Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka, Tamil Eelam, bukan main lagi lantang mengecam Timbalan Perdana Menteri, bahkan mencabar agar diwujudkan 13 Mei kononnya DAP tidak takut dan akan menentang orang Melayu kalau itu yang dimahukan.
Sehingga ke hari ini, P.Ramasamy tidak menarik kata-katanya atau memohon maaf kerana cuba mencetuskan pertumpahan darah di negara ini. Sebaliknya DAP bersungguh-sungguh mahu menyalahkan Timbalan Perdana Menteri yang menasihati rakyat agar bersatu padu dan mengenepikan pelbagai perkara yang boleh menjurus kepada kegelisahan dan ketegangan kaum serta agama, sebagai menyeru agar diwujudkan 13 Mei untuk menghapuskan bukan Melayu di negara ini. Bersungguh-sungguh DAP cuba memutarbelitkan kenyataan terbabit, sehinggalah akhirnya Lim Kit Siang yang sudah tidak nampak sebarang alasan yang lebih logik, menyalahkan Utusan Malaysia kerana kononnya telah mencetuskan salah faham itu apabila menyedari Timbalan Perdana Menteri langsung tidak menyebut tentang 13 Mei sebaliknya hanya merujuk kepada ‘tarikh itu’.
Melihat kepada polemik dan kontroversi serta kritikan dan kutukan yang dimainkan oleh golongan tersebut, seolah-olah mereka cukup bersedia mempertahankan negara ini. Seperti dalam kes MH370, Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambil mendesak agar Kerajaan menyerahkan ATM kepada DAP dan DAP boleh menyelesaikan misteri kehilangan itu dengan dalam masa yang singkat sahaja.
Hakikatnya, yang terlibat dalam mempertahankan, menjaga dan memantau keselamatan negara, hanyalah segelintir daripada mereka yang benar-benar bersemangat Malaysia sahaja. Manakala yang lain, lebih sibuk mencari kuasa politik dan penguasaan ekonomi, bahkan lebih tepat lagi, lebih bersifat penjajah berbanding pahlawan negara.
Dan semalam, Lim Guan Eng mengetuai kutukan terhadap pahlawan-pahlawan negara yang mempertahankan kedaulatan negara ini dengan menyeru agar Sabah diboikot dan tidak dilawati kerana kononnya tidak selamat. Tiada pujian atau sanjungan diberikan kepada dua orang perwira yang telah menyumbangkan diri dan nyawa mereka demi membolehkan Lim Guan Eng dan orang sebangsanya terus berlagak sebagai penjajah di negara ini. Sebaliknya yang dilakukan adalah kutukan dan cakap pandai.
Agak aneh, kalau Teoh Beng Hock yang mati membunuh diri kerana cuba menyelamatkan majikannya, Ean Yong Hing Wah daripada siasatan SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan bukan main lagi disanjung, bahkan ulangtahun kematiannya diraikan oleh DAP, mengapa Lim Guan Eng yang pandai bercakap, pandai temberang dan pandai bermuka-muka tidak dapat menyembunyikan kebenciannya terhadap golongan yang berani mempertahankan negara ini?
Bukankah lebih baik kalau Lim Guan Eng mengetuai gerakan mengumpulkan dan menggalakkan anak bangsanya menyertai pasukan keselamatan dan berjuang di perbatasan sebelum boleh dia bercakap pandai?
No comments:
Post a Comment