Heh!!! Sejak beberapa hari ni, kecoh jugak dilaman media sosial menceritakan mengenai kes jemaaah bersolat dua imam yang berlaku di Kelantan tu.
Pada mulanya, ada yang buat dakwaan bahawa kes tersebut berlaku akibat perbezaan parti Politik sehingga mengakibatkan kejadian itu berlaku.
Jika kebiasaannya, memang itulah yang menjadi bahan dakwaan dan Polemik dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang akan buat tuduhan sewang - wenangnya.
Tapi kali ini, apabila siasatan dibuat, ternyata ianya bukan disebabkan mereka mempunyai ideologi yang berbeza. Sebaliknya, kumpulan tu semuanya penyokong tegar PAS.
Hanya disebabkan kedua - dua kumpulan berebutkan sebuah masjid dan didakwa mengikuti ajaran Tarekat yang berbeza menjadi punca utama kepada kejadian sedemikian.
Dari apa yang dilaporkan, penduduk setempat membantah keputusan yang dibuat oleh 'Tuan Punya Masjid' yang menghalang jemaah bersolat terawikh.
Malah mereka juga turut membantah dan enggan berimamkan Haji Yahya, salah seorang penama dalam wakaf Masjid berkenaan kerana didakwa mengikut Tarekat Al-Tarjani.
“Pihak MAIK mendapati kumpulan tersebut menggunakan sebuah buku yang kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam dan jemaah ulama telah pun melarang penggunaan buku tersebut,” jelas Mufti Kelantan mengenai isu tersebut.
Perbalahan itu juga turut melibatkan tuntutan diantara 'Penama Tanah Wakaf' dan penduduk yang mendakwa ianya dibina dengan menggunakan derma dari orang ramai.
Apa yang jelas, PAS ternyata GAGAL mendidik ahli mereka sendiri dan tidak mampu untuk menyatukan pengikut - pengikut dalam parti mereka sendiri.
Jadi, macamana diorang nak satukan masyarakat Malaysia kalau dalam parti pun ada yang ikut fahaman sendiri? Yang sorang ke kiri, yang sorang ke kanan.
Itu pun belum kita bercerita soal fahaman idealisme dalam perjuangan PAS tu sendiri. Ada yang Pro Ulama dan ada pulak yang Pro Liberal. Jadi, memang sah la PAS ni TAK LAYAK untuk mentadbir Negara sedangkan parti sendiri pun kucar kacir!!!
No comments:
Post a Comment