Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 16, 2014

MB Selangor hanya selamat jika masuk Pas



Penganalisis politik berpendapat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya akan selamat jika keluar parti dan menyertai Pas.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula berkata, jika Abdul Khalid menyertai Pas, jumlah kerusi PKR akan berkurangan dan Pas akan bertambah kepada 16 kerusi, sekaligus mengukuhkan kedudukan Pas dalam PR Selangor.

“Kita sedia maklum, Pas sekarang pegang 15 kerusi di Dun, kalau Abdul Khalid masuk Pas, kerusi Pas semakin kukuh dan pasti mereka akan ‘demand’ kerusi menteri besar itu dan akan beri kepada Abdul Khalid.

“Tetapi, saya pasti jika Abdul Khalid pegang jawatan menteri besar atas tiket Pas, DAP pula tidak berpuas hati,” katanya.

Menurutnya, jika benar kerusi menteri besar bakal diganti dengan orang lain dalam masa terdekat akan wujud puak berlainan dalam parti PKR. 

No comments:

Post a Comment