Followers

rantau ku sayang

Saturday, July 12, 2014

MB UMUM DUIT RAYA UNTUK ATLET SUKMA TERENGGANU


Terengganu memperuntukkan RM1.58 juta bagi membayar insentif kemenangan kepada atlet negeri ini yang berjaya memperolehi sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014, bulan lalu.


Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembayaran itu akan dilakukan sebelum Aidilfitri ini dengan setiap pemenang pingat emas akan memperolehi RM5,000, perak (RM3,000) dan pingat gangsa (RM2,000).

“Jumlah yang akan disalurkan untuk insentif ini keseluruhannya sebanyak RM1.58 juta. Dari keseluruhan pembayaran itu, atlet yang paling banyak menerima insentif pada kali ini adalah Nor Azita Ibrahim bagi acara kanu yang mendapat keseluruhan RM36,500.

“Dia (Azita), tiga beradik kesemuanya ( atlet kanu) dan bayaran insentif kepada mereka bertiga hampir RM100,000,” kata beliau lagi.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat akan berbincang untuk menetapkan tarikh majlis khas itu tidak lama lagi.

Dalam temasya Sukma lalu, Terengganu terpaksa akur sebagai naib juara dengan pungutan 51 emas, 55 perak, dan 31 gangsa di belakang juara keseluruhan Wilayah Persekutuan yang mengumpul 55 emas, 38 perak, dan 49 gangsa. 

No comments:

Post a Comment