Followers

rantau ku sayang

Monday, July 14, 2014

Anggota keluarga terkejut kehilangan Zakiah


Anggota keluarga Konstabel Zakiah Aliep, 26, yang dipercayai diculik kumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi terkejut dengan kejadian itu.

Mereka juga merasa sedih lebih-lebih lagi beliau baru memperoleh cahaya mata kira-kira tiga bulan lalu.

Majlis doa selamat untuknya diadakan pagi tadi.

Abangnya Zakria, 31, berkata beliau mendapat berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada jam 4 pagi tadi selepas bersahur.

"Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya yang memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah.

"Saya turut menghubungi Balai Polis Semporna untuk bertanyakan tentang perkembangan pencarian adik saya," katanya

No comments:

Post a Comment