Followers

rantau ku sayang

Thursday, July 10, 2014

Model baharu Proton lebih canggih, berkualiti - Tun M


Proton Holdings Bhd menjamin produk baharu yang akan dilancarkan nanti akan lebih canggih dan mempunyai standard yang tinggi serta pada harga lebih murah berbanding kereta import.

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pengeluar kereta nasional itu kini sudah mengenal pasti kelemahan serta kekurangan yang ada pada model lama dan sudah melaksanakan usaha memperbaikinya.

 Kereta keluaran Proton seperti Subprima S dan Preve adalah model kereta keluaran Proton yang kualitinya sudah dipertingkatkan, tambah beliau.

"Masalah yang dihadapi kereta Proton seperti cermin tidak boleh naik dan paip bocor bukan salah Proton. Kita (Proton) dapat daripada vendor. Kadang-kadang vendor dalam usaha mengurangkan kos mereka, mereka menukar material dan ia tidak tahan lama.

"Justeru, bermula tahun ini, kita menetapkan tidak akan menggunakan bahan kurang bermutu dan model kereta pada masa depan tidak akan ada kecacatan," katanya.

Mengenai rancangan pemindahan operasi ke Proton City di Tanjung Malim, Perak, Dr Mahathir berkata, rancangan itu memang ada dan mungkin dilaksanakan dalam tempoh kurang daripada lima tahun dengan kerjasama kakitangan Proton.

Beliau berkata, Proton akan mengambil kira kebajikan pekerjanya seperti tempat tinggal serta persekolahan anak-anak sebelum mengambil keputusan berpindah ke Proton City itu.
Dr Mahathir berkata, Proton membelanjakan RM1.8 bilion untuk membangunkan kilang di Tanjung Malim. 

No comments:

Post a Comment