Followers

rantau ku sayang

Tuesday, July 22, 2014

Robert Kuok bukan lagi Raja Gula di Malaysia...tapi MSM milik FELDA



Pada Oktober 2009, Tan Sri Robert Kuok mengumumkan penjualan keseluruhan ekuiti dalam Malayan Sugar Manufacturing (MSM) yang membabitkan 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd (KGFP), ladang tebu seluas 5,797 hektar di Chuping, Perlis dan 20 peratus saham dalam Tradewinds (M) Bhd, kepada FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Dalam urusniaga perniagaan yang bernilai RM1.2 bilion itu, FGVH menguasai sehingga 70 peratus pembekalan gula di dalam negara, sekaligus menamatkan monopoli Kuok sebagai “Raja Gula” selama 45 tahun.

Bagaimanapun masih ramai yang tidak mengetahui hakikat ini, lantas menjadikan “legasi” Robert Kuok masih berterusan dan ada lagi pihak yang masih menganggapnya sebagai Raja Gula di Malaysia dan bukannya MSM.

“Bukan rakyat biasa sahaja, tetapi ada juga Ahli Parlimen yang tidak tahu hakikatnya Raja Gula Malaysia sekarang ini ialah MSM, anak syarikat FGVH, iaitu milik FELDA , milik Melayu!

“Lucunya bila ada yang pula yang menyangka MSM kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Holdings Berhad (MSM), Dato Dr Sheikh Awab Sheikh Abod.

Sheikh Abod bersetuju kalau tidak kerana isu gula ditimbulkan di parlimen penggal lalu, mungkin ramai tak mahu ambil tahu pasal kewujudan MSM. Pada sidang parlimen yang lalu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang juga salah seorang pengarah MSM telah “menegur” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memutar-belitkan fakta pasal isu gula.

Dalam temubual bersama Agendadaily di pejabatnya di Menara FELDA yang tersergam indah di Jalan Persiaran KLCC, Kuala Lumpur,ÂÂ  baru-baru ini, Sheikh Awab turut menjawab beberapa isu mengenai harga gula dan juga perancangan masa depannya untuk MSM.

No comments:

Post a Comment