Followers

rantau ku sayang

Monday, May 12, 2014

MAT SABU KHABARKAN BERITA BAIK BUAT DAP DAN PKR

Ketika ini Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu merupakan antara pemimpin paling gembira disebabkan keputusan kepimpinan PAS Pusat untuk tidak membawa rang undang-undang hudud di Parlimen pada Jun 2014 ini.

Ini sekaligus berita gembira buat kepimpinan DAP dan PKR yang sebelum ini secara terang menolak hudud itu dibahaskan di Parlimen.

Sebaliknya, kepimpinan PAS Pusat mengambil pendekatan dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

Keputusan penangguhan rang undang-undang hudud telah menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong PAS dan rakyat yang mahu melihat hudud itu dilaksanakan benar-benar kecewa. 

No comments:

Post a Comment