Followers

rantau ku sayang

Monday, May 12, 2014

Setelah DiHalau Keluar Daripada Pakatan Akhirnya Pas Batal Hudud Serta Merta


PAS hari secara rasminya membatal hasratnya untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat pada Jun ini yang membolehkan Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dilaksanakan di Kelantan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, perkara itu diputuskan bagi membolehkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa PAS hari ini telah membuat pertimbangan dalam isu berkaitan pelaksanaan kanun berkenaan.

"Oleh kerana itu cadangan membawa RUU Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun 2014 ini dibatalkan serta merta.

"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," kata Hadi melalui kenyataan yang dibacakan timbalannya, Mohamad Sabu pada satu sidang media hari ini.

Mat Sabu berkata, biarpun PAS mengambil keputusan untuk menangguhkan pembentangan RUU Persendirian itu di Dewan Rakyat Jun ini, namun pihaknya akan memastikan Kanun Jenayah Syariah (ii) yang mengandungi hukum hudud dapat dilaksanakan pada satu masa kelak iaitu tarikh yang tidak diketahui.


No comments:

Post a Comment