Followers

rantau ku sayang

Friday, May 9, 2014

Kutip Sewa Tapak : Ahli PAS Tipu Peniaga Pasar di Selangor?Baru Pegang Kuasa Sikit Tu....

PAS Selangor akan menyiasat dakwaan terdapat ahli PAS yang memegang Jawatankuasa Penduduk (JKP) terlibat dalam menjalankan aktiviti penipuan dengan mengenakan kutipan sewa tapak kepada para peniaga pasar pagi dan malam di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Bendahari PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tindsakan bakal dikenakan terhadap individu tersebut jika hasil siasatan mengesahkan tuduhan tersebut.

“Kita akan kaji perkara ini sama ada benar atau tidak. Jika benar maka tindakan akan diambil,” kata Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dalam laporan portal Selangorku.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, pula menjelaskan, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang laporan dari mana-mana pihak mengenai penglibatan ahli PAS dalam kegiatan tersebut.

“Kita akan menyiasat terlebih dahulu sejauh mana dakwaan berhubung perkara itu. Adakah kutipan itu dilakukan atas arahan PBT atau pihak lain.

“Setakat ini dakwaan terbabit hanya khabar angin kerana belum terbukti kebenarannya. Saya hanya akan bertindak selepas menerima laporan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment