Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 8, 2014

Pemilihan PKR Memalukan… Cabang Pengerusi JPP Sendiri Tunggang Langgang

Kekecohan serta pelbagai kontroversi yang melanda proses pemilihan PKR di seluruh negara termasuklah di kawasan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Johari Abdul sendiri cukup memalukan.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata soal ketelusan serta pelbagai kontroversi seperti pengundi hantu sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana hipokrit serta retoriknya parti berkenaan.

Malah menurut beliau lagi tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan Pengerusi JPP sendiri terlibat dengan kontroversi yang menimbulkan kekecohan dan perkara berkenaan tidak ubah seperti perumpamaan ketam mengajar anaknya berjalan.

“Mereka pukul canang salahkan SPR kononnya tidak telus, banyak pengundi hantu, tidak cekap termasuk dakwaan projek ‘blackout’ untuk tipu undi. .

“Tetapi kali ini kita pula dapat tengok bagaimana celarunya pemilihan parti mereka. Menguruskan pemilihan sendiri pun tunggang langgang, malah lebih mengaibkan kawasan Pengerusi JPP sendiri turut terkena tempiasnya. Sebab itu saya katakan tadi mereka ini penuh hipokrit,” katanya kepada UMNO-online, di sini, hari ini.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.

Malah menariknya, proses pengundian bagi pemilihan pemimpin Cabang PKR Sungai Petani yang merupakan kawasan Pengerusi JPP, Johari Abdul ‘panas’ sehingga proses pengundian bagi jawatan Ketua AMK Cabang terpaksa ditangguhkan.

Nawawi yang juga Ketua UMNO Langkawi seterusnya menambah jika dibandingkan dengan pemilihan UMNO, jauh adalah lebih baik dan tersusun dan tidak seteruk tunggang-langgangnya pemilihan PKR.

“Ahli kita dengan 3 juta lebih tetapi tidaklah seteruk mereka. Pemilihan PKR penuh dengan kontroversi dan menariknya juga apa yang ditohmah kepada SPR dan ketelusan PRU-13 yang lalu terpalit ke muka mereka sendiri.

“Ingatkan dalam keghairahan mereka membuat pelbagai cadangan kepada kerajaan dalam soal PRU, pemilihan mereka adalah yang terbaik tetapi sebaliknya pula berlaku. Penuh dengan adengan dan dihimpit kontroversi,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment