Barisan kepimpinan baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor akan mengadakan bantahan sekiranya pemilihan semula kali kedua diadakan atas desakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Azman Abidin.
Ketua Cabang Kuala Selangor yang baru S, Manikavasagam berkata, Azman yang mewakili Tan Sri Khalid Ibrahim mendesak pemilihan semula berikutan insiden blackout ketika proses pengiraan undi walaubagaimanapun katanya tiada unsur sabotaj pada kotak undi ketika insiden tersebut berlangsung.
"Semasa pengiraan undian dijalankan di Ibu Pejabat PKR mengalami gangguan bekalan elektrik terputus (blackout) dan ketika itu Azman tiada di tempat kejadian.
"Apa yang Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul kata itu betul memang ada blacout tetapi tiada unsur sabotaj," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati di sini, hari ini.
PKR Cabang Kuala Selangor memperlihatkan pemilihan kali kedua selepas proses kali pertama kecoh dengan insiden pergaduhan.
Pada pemilihan semula ahad lepas, Manikavasagam menang bagi jawatan Ketua Cabang menewaskan Khalid yang merupakan penyandang kerusi tersebut dengan 701 undi berbalas 515 undi.
Menurut Manikavasagam, kesemua keputusan pengiraan undi pada hari tersebut turut diterima tanpa bantahan oleh wakil mana-mana pihak termasuk wakil dari Menteri Besar.
"Pada hari tersebut jam 6.35pagi wakil calon MB telah tanda tangan borang keputusan dan tidak ada penipuan dan tiada apa-apa yang berlaku.
"Khalid kena baca perlemabagaan parti, perlembagaan begitu jelas, fasal 44 larangan membawa perkara parti ke mahkamah, 44.1 tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara parti ke mahkamah, sekirnaya dibuat demikian maka keanggota tergugur secara automatik," tegasnya lagi,
Sebelum ini Setiausaha Politik Menteri Besar Azman Abidin memberitahu bahawa pihaknya bersedia menyahut cabaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk membuat aduan berhubung wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang PKR Kuala Selangor.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata mana-mana ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti itu perlu membuat aduan kepada JPP terlebih dahulu dan bukannya terus membawanya ke mahkamah.
Johari berkata, perkara itu boleh dibincangkan dan diselesaikan di peringkat parti, dan pihaknya mengambil perhatian sekiranya ia disuarakan.

No comments:
Post a Comment