Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 2, 2014

Riuh konon kerana tekanan politik...Universiti Malaya jelaskan sebab tak sambung kontrak Dr Redzuan

Ini juga satu hal yang nak dijadikan isu tak tentu pasal. Ia berkaitan dengan seorang profesor di Universiti Malaya yang tidak disambung kontrak sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Orangnya ialah Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.Sebenarnya kisah naik turun jawatan dalam universiti adalah hal biasa yang bukan ' berita besar'

Namun dalam bab Dr Redzuan kisahnya jadi panas sikit cuma kerana beliau juga memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel).

Kebelakangan ini beberapa kaji selidik UMcedel mengenai politik jelas memihak kepada pembangkang.

Antara contohnya, Umcedel mendakwa manifesto Pakatan Rakyat lebih diterima daripada manifesto BN sebelum PRU13 lalu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dari Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa minggu menjelas pilihanraya umum.

Selain itu, ketika cakap-cakap, bahawa Anwar akan bertanding di Kajang, dalam satu pilihanraya kecil yang sengaja diadakan, Umcedel mengatakan rakyat Kajang menyokong penukaran Menteri Besar Selangor.

Ini yang membuatkan ada pemimpin pembangkang yang 'melompat' dan media pro pembangkang nak jadikan isu.

Maka menjeritlah mereka kononnya ada campurtangan politik dari atas untuk tendang Dr  Redzuan.

Sebaliknya ramai juga yang selama ini meragui kredibiliti kaji selidik UMcedel.

Apa lagi ada ragu pada kecenderungan fahaman politik Dr Redzuan.

Beliau sendiri merupakan yang merupakan bekas Naib Presiden ABIM.

Untuk mengelak salah faham mengenai isu kontrak Dr Redzuan,pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Naib Canselor UM Professor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin menafikan dakwaan kontrak Dr Redzuan sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial  tidak disambung kerana campur tangan politik.

Katanya kontrak jawatan itu tidak dilanjutkan berikutan keputusan pemilihan yang dibuat secara telus menjelang tamatnya kontrak pada 30 Jun ini.

"Bertentangan dengan laporan media, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Mohammad Redzuan itu adalah berdasarkan proses pemilihan yang demokratik dan telus.

"Pemilihan tersebut telah dijalankan selaras dengan Perlembagaan UM 2010,"ujar beliau.

Jelasnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan atau Pengarah daripada tiga calon yang disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

Menurut kenyataan itu lagi, pemilihan telah diadakan di antara 10 dan 12 Jun dan sesi temu bual telah diadakan dengan tiga calon antara 17 dan 20 Jun lalu.

Dr Redzuan merupakan salah seorang daripada tiga calon yang dapat undi tertinggi dan disenarai pendek.

Dua calon lain yang tersenarai ialah Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Setelah perbincangan panjang lebar,keputusan dibuat untuk pilih Dr Md Sidin yang berusia 55 tahun sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana Dr Redzuan yang berusia 59 akan bersara pertengahan tahun depan.

Ini akan memberi peluang kepada Dr Md Sidin mendalami selok belok bidang tugasnya sebagai pengganti Dr Redzuan.

Sebelum ini portal pro pembangkang pakai hentam  Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Dalam pada itu ada sumber yang berkata apa yang peliknya, Redzuan bukan pakar penyelidikan sains sosial untuk menerajui Pengarah Umcedel.

Kepakaran beliau dalam bidang Sejarah dan Politik di Timur Tengah.

Sedangkan melalui Umcedel apa yang dibuat adalah kaji selidik sains sosial yang tidak jelas bagaimana sempelnya diambik tetapi keputusannya sering memihak kepada pembangkang yakni Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berikutan itu, kajian Umcedel sentiasa dikritik kerana mempunyai kredibiliti dan bias sehingga menjejaskan nama universiti tersebut.-1/7/2014

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH UNIVERSITI MALAYA

Referring to the current news reports, highlighting the issue of Professor Mohammad Redzuan’s  tenure as the Dean of Faculty of Arts and Social Sciences not being extended, the management would like to state that this was a decision based on democratic and transparent election process.

The management would like to clarify that this election exercise is a normal process to decide the faculty deans for the upcoming term after their tenure expires on the 30th of June 2014.

The position of faculty dean is an administrative position, whereby the appointment is by the Vice-Chancellor for one term (2 or 3 years) and subject to the normal process of selection: application by academic staff, election by faculty members; followed by interview and a panel selection headed by the Vice-Chancellor.


In accordance with the University of Malaya constitution 2010, sub section 24(4) which provides the Vice-Chancellor the authority to appoint a Dean/Director for each faculty, school, centre, academy and institute, the Vice-Chancellor shall appoint the said Dean/Director from among three candidates who have received the highest scores.

From the list of the three candidates who received the highest scores from the elections held from the 10th to 12th June, an interview was conducted with each of the candidates from the 17th until 20th of June to decide on the appointment of the new Dean/Director for 2014.

Professor Mohammad Redzuan was shortlisted among two other candidates, Professor Dr Md Sidin Ahmad and Professor Dato' Dr. Azizan Hj Abu Samah.

After lengthy deliberations, the management decided to appoint Professor Dr Md Sidin, 55, as the new Dean of Faculty of Arts and Social Sciences, taking into account Professor Mohammad Redzuan’s, 59, expected retirement next year and the opportunity for Professor Dr Md Sidin to familiarize himself with his new role as Professor Mohammad Redzuan’s successor.

The management also took into consideration the the two terms served by Professor Mohammad Redzuan (3+2 years) with Professor Md Sidin’s appointment providing stability in line with the faculty’s succession plan.

 The appointment of Professor Md Sidin, is timely as he was formerly the Deputy Dean (Postgraduate) Faculty of Arts and Social Sciences for 5 years and is seen as the perfect candidate to continue in the faculty’s  outstanding culture of excellence in research.

Regarding the allegations of outside interference in the removal of Professor Mohammad Redzuan as the Director of University of Malaya’s Centre for Democracy and Elections (Umcedel), the management would like to take this opportunity to clarify certain issues regarding this matter.

Firstly, the management would like to categorically state that this decision was taken in the interests of the university and not in any way linked to any form of pressure from outside parties.

This decision was solely taken by University of Malaya in light of Professor Mohammad Redzuan’s impending retirement next year and to provide his deputy, Dr. Amir Saifude Ghazali an opportunity to familiarize himself with the responsibilities as a the survey body’s director.

Nevertheless, Professor Mohammad Redzuan will still be contributing his expertise as a member of UMCEDEL’s research group and as a professor in the History Department in the Faculty of Arts and Social Sciences.

 His invaluable knowledge and wisdom will certainly be asset in grooming the upcoming political researchers in maintaning UMCEDEL’s position as the premier political research body in the country.

Vice-Chancellor,

Professor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin 

No comments:

Post a Comment