Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 2, 2014

Selangor anggap 15 pemandu bas Unisel tidak diberi notis perkara remeh...Kalau Tang Kat PR Perkara Biasa?

Kalau lah Barisan Nasional terus dihentam dikatakan Zalimmmm....

Walaupun seramai 15 pemandu bas Universiti Selangor (Unisel) berasa dizalimi kerana tidak diberikan notis pemberhentian tamat perkhidmatan namun kerajaan Selangor menganggap ia seolah-olah perkara remeh.

Ini kerana, bagi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, notis itu tidak perlu dikeluarkan kerana kontrak pemandu itu telah tamat.

Katanya, langkah tidak menyambung kontrak itu bagi mengelak universiti mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya berikutan asrama yang dibaiki semenjak Januari lalu telah siap dan sedia untuk diduduki.

"Maknanya apabila pelajar-pelajar dah masuk asrama dan asrama dah siap, maka maknanya tidak perlu lagi bas-bas itu membawa pelajar.

"Ini kerana pemulihan asrama sudah siap ikut jadual jadi tidak payahlah Unisel menghabiskan duit lagi kan untuk bayar bas.

"Tidak dapat notis, memang sudah tamat kontrak, tamatlah. Bukannya nak bagi notis lagi bukan kita tamatkan dia sebelum habis kontrak, tidak," dakwanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, sekumpulan pemandu bas yang menyediakan perkhidmatan membawa penuntut Unisel kampus Bestari Jaya berulang alik dari kelas ke kampus kediaman, membantah tindakan pengurusan universiti tersebut menamatkan kontrak mereka tanpa sebarang notis.

Pengarah Urusan Konsortium Bas Ekspres Melayu (Klang) Sdn. Bhd., Mohd. Kamal Mohamed Noor, yang mewakili pengusaha bas berkenaan, mendakwa penamatan kontrak itu pada 7 Julai melanggar jelas syarat perjanjian dengan pihak universiti, sedangkan ia sepatutnya berakhir pada 21 Oktober.

Mereka mendakwa dizalimi kerana kontrak tersebut tiba-tiba diberhentikan dan perkara tersebut pada mulanya hanya diketahui melalui para pelajar dan bukannya secara rasmi daripada universiti.

Mengulas lanjut, Halimah menyelar tindakan bantahan aman yang dilakukan itu dan mendakwa bahawa semua pemandu dimaklumkan bahawa kontrak mereka adalah sementara yang diikat dengan pihak pengurusan Unisel.

Beliau turut menegaskan tindakan itu sebagai perkara biasa dan tidak perlu digembar-gemburkan.

"Saya difahamkan, pengusaha bas ini memang bulan demi bulan, daripada mula pelajar-pelajar pindah sebelum ini, memang semua tahu itu bersifat sementara," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment