Followers

rantau ku sayang

Monday, July 7, 2014

Peneroka Felda boleh tersenyum lebar menjelang Aidilfitri

Pembangkang dan puak-puak yang tidak senang duduk melihat kejayaan Felda boleh terus gigit jari.Walaupun berdepan dengan segala macam usaha untuk memperlekehkan...Felda jalan terus maju ke depan.

Petang Ahad,112,635 peneroka di seluruh negara boleh tersenyum lebar. Mereka bukan saja akan dapat dividen FELDA Global Venture Holding Berhad (FGV) malah duit raya sekali.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Terengganu mengumumkan pembayaran dividen akhir FGVH berjumlah RM72.9 juta.

Dari agihannya setiap peneroka akan terima sebanyak RM647.78 seorang.

Beliau berkata, pembayaran dividen akhir ini yang membabitkan jumlah 10 sen sesaham dijangka mula dibayar pada 11 Julai ini menerusi Tabung Amanah Peneroka.

Berucap pada majlis berbuka puasa sempena Ihya RaPmat Ramadan Warga FELDA peringkat Kebangsaan 2014 di Pejabat FELDA Terengganu di Kuala Terengganu beliau juga umum duit raya RM300 seorang yang berjumlah RM30.5 juta.

Katanya pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

Ekoran kekukuhan kewangan Felda,Perdana Menteri juga menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan Felda berjumlah RM22.02 juta.

Katanya, jumlah bayaran zakat tersebut bersempena keuntungan FGV yang dicatatkan pada tahun kewangan 2013 iaitu sebanyak RM8.6 juta, Koperasi Permodalan Felda (KPF) RM12.8 Juta, Felda D'Saji RM321,200 dan koperasi kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) RM297,985.97.

Zakat perniagaan ini dibayar kepada 14 Pusat Zakat Negeri iaitu bagi negeri-negeri dimana kumpulan Felda menjalankan operasi perniagaannya.

Pada majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 orang, kumpulan Felda turut memberikan sumbangan amal dan saguhati sebanyak RM927,500 kepada masjid Felda .Ia akan diagihkan kepada Pengerusi Masjid, Imam, Bilal dan Siak.

No comments:

Post a Comment