Followers

rantau ku sayang

Monday, July 7, 2014

Mangsa pertama putus jari

Seorang remaja 14 tahun menjadi mangsa pertama putus jari akibat bermain mercun bersama rakannya di di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang, Jumaat lalu.

Seperti dijangka, kes putus jari bagaikan peristiwa tahunan setiap kali Ramadan dan kali ini mangsa pertama ialah Mohd Idham Syafiq Mohd Tahir dikejarkan ke Hospital Pasir Mas oleh rakannya sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok itu dikatakan bermain mercun botol bersama rakannya apabila cedera dalam letupan kira-kira 2 petang itu.Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa dikatakan sedang memegang mercun berkenaan ketika ia tiba-tiba meletup. 

No comments:

Post a Comment