Followers

rantau ku sayang

Monday, July 7, 2014

Pakatan Kecewa Tak Dapat Campurtangan Dalam JAIS?

Baru-baru ini Khalid Ibrahim dikecam hebat dalam beberapa isu yang melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kita tahu betapa dominannya DAP dalam pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Dalam banyak perkara keputusan seolah-olah bergantung kepada “kelulusan” DAP.

Setiap kali isu melibatkan pihak Kristian dan JAIS maka pemimpin DAP akan lantang bersuara menuntut bermacam-macam perkara walaupun ianya jelas melanggar Perlembagaan Negara dan Negeri Selangor.

Hakikatnya Islam merupakan agama rasmi negara dan ianya dilindungi dalam Pelembagaan Malaysia, perkara 11(4) yang melarang penyebaran agama-agama lain kepada umat Islam. Dan Sultan Selangor pula merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Dengan itu pihak kerajaan Selangor tidak boleh sewenang-wenangnya campurtangan dalam urusan JAIS melalui penasihat agama Islam Selangor iaitu MAIS.

Khalid sebagai Exco Agama Islam Selangor tidak mempunyai banyak kuasa untuk mengganggu gugat perjalanan JAIS, MAIS dan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam. Perkara ini menjadi duri dalam daging bagi kerajaan Selangor yang dikuasai oleh DAP.

Perkara ini telah cuba dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Pihak yang cuba menjatuhkan Khalid dalam PKR juga turut menggunakan isu ini untuk “menghentam” beliau. Sesungguhnya kerajaan negeri Selangor tidak ada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika badan kerajaan itu mengambil tindakan ke atas orang Islam di Selangor.

JAIS hanya perlu memberitahu saja kerajaan negeri dan exco apabila mahu mengambil tindakan kepada orang bukan Islam tetapi tiada kuasa langsung jika membabitkan orang Islam. Ini antara perkara yang turut dilaporkan laman web rasmi kerajaan negeri Selangor itu.

Isu tindakan dua penguatkuasa JAIS menahan empat individu yang didakwa melakukan khalwat ketika semua mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah turut dipersoalkan walaupun kerajaan pakatan Selangor tiada hak. Dalam kejadian pada 22 Jun lalu, Hanisha Abdul Rahman, 29, ditahan bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerja lain selepas dipantau selama lima minit. Ketika tangkapan dilakukan, Hanisha sedang berada di dalam rumah bersama dua kakitangan yang juga rakan serumah sementara Muhammad berada di luar. Hakikatnya lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi rakan serumah.

Dalam isu ini DAP perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh campurtangan dalam isu yang melibatkan agama Islam dalam Selangor. Walaupun begitu isu murtad dan kitab Injil versi bahasa Melayu telah menjadi modal politik mereka. Pemantauan yang lebih tegas perlu dilaksanakan ke atas DAP yang dilihat seolah-olah cuba memanipulasikan isu yang cukup sensitif ini. Kita amat khuatir perkara ini akan mendorong kepada cetusan tragedi 13 Mei yang kedua.

Oleh itu kita mahu kerajaan bertindak lebih tegas menangani mereka yang cuba bermain dengan sentimen yang cukup sensitif. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Jus Soli Ketuanan Melayu perlu dipelihara demi keamanan negara.

No comments:

Post a Comment