Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memandang berat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama agensi berita itu untuk menyebar berita palsu.
Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata agensi berita itu mengesan satu berita palsu hari ini, kononnya dikeluarkan oleh Bernama mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.
"Pihak kami telah segera menafikan berita tersebut melalui media sosial iaitu twitter dan portal berita Bernama sebaik mendapat maklumat tentang penyebaran berita tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata kes seumpama itu bukan kali pertama berlaku malah terdapat beberapa kes penyebaran berita palsu yang menggunakan nama Bernama.
Menurut Zakaria, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kredibiliti Bernama, malah boleh menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat akibat daripada berita palsu.
Pejabat Menteri Besar Selangor turut mengeluarkan kenyataan menafikan tentang berita tersebut sebaik ia tersebar luas melalui media sosial.

No comments:
Post a Comment