Followers

rantau ku sayang

Thursday, July 3, 2014

Patut tanya balik pada Wan Azizah, bila kali terakhir turun Kajang jenguk rakyat?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuding jari kepada pihak lain tanpa fakta yang tepat berkaitan isu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merobohkan Uptown di Taman Putra Kajang pada Jumaat lepas.

Sebaik sahaja mengetahui isu MPKj merobohkan Uptown di Taman Putra Kajang mula diperkatakan, Wan Azizah melalui ‘admin’ laman sosial beliau mengeluarkan kenyataan bersikap lepas tangan dengan menuduh Taman Putra Kajang adalah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, wakil rakyat daripada UMNO.

“Tapak bazaar Ramadan yang diroboh MPKj di dalam kawasan (DUN) Semenyih..Patut tanya apa YB UMNO buat untuk bantu rakyat,” kenyataan Wan Azizah melalui admin dipetik.

Namun, tidak lama selepas itu, Wan Azizah melalui adminnya telah membuat kenyataan pembetulan berkaitan isu tersebut. Kenyataan pembetulan itu mengesahkan tuduhan awal bahawa Taman Putra Kajang di bawah DUN Semenyih adalah tidak tepat, sebaliknya ia berada di bawah DUN Bangi, di bawah wakil rakyat PAS, YB Mohd Shafie Ngah.

No comments:

Post a Comment