Followers

rantau ku sayang

Thursday, July 3, 2014

Pembeli Rumah Ditipu : Kerajaan Selangor Tabur Janji Kosong

Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid didakwa tidak memandang serius selain menaburkan janji kosong kepada pembeli rumah di Petaling Jaya Selatan 1 (PJS1) yang ditipu pemaju sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, Sugumeran S. Muniandy berkata, Khalid sendiri pernah turun padang kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah mereka tetapi hanya ketika kempen pilihanraya demi untuk mendapatkan sokongan

"Kami pernah menghantar memo, mengadakan perbincangan dan Menteri Besar sendiri pernah turun padang dan membuat tawaran kepada kami, tetapi apa yang mereka tawarkan hanya di mulut sahaja.

"Apa yang mereka tawarkan itu, semuanya sebelum pilihanraya dan selepas pilihanraya beliau langsung tidak mengendahkan kami sedangkan kami pernah menghantar surat untuk mengadakan perjumpaan dengannya," katanya di hadapan pintu masuk Bangunan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
alt
Sugumeran mendedahkan, pejabat Menteri Besar Selangor juga dilihat sengaja bersifat lepas tangan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah.

Katanya, kebanyakan pembeli yang ditipu merasa kecewa dengan sikap Khalid yang hanya pandai menabur janji kosong dan kemudian meminggirkan mereka selepas diberi mandat menjadi Menteri Besar.

"Jawapan yang terakhir yang kami terima dari pejabat Menteri Besar adalah mereka tidak mampu untuk merampas tanah dari pemaju, kami ini dijadikan seperti bola.

"Dan pada tahun 2013 kami telah dijanjikan bahawa semua masalah akan selesai di bawah kepimpinan Khalid tetapi apa yang berlaku kami sangat kecewa kerana masalah kami tidak selesai dan mereka dengan mudah memberikan jawapan yang tidak masuk akal," ujarnya.

No comments:

Post a Comment