Followers

rantau ku sayang

Friday, July 4, 2014

Kerajaan: Anwar Rosakkan Imej Negara

Tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihak kerajaan cuba menutup kes serangan seksual di Wellington melibatkan diplomat di New Zealand merupakan satu usaha merosakkan reputasi negara.

Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan rasmi berkata, serangan terbaharu Anwar itu membuktikan kerakusan beliau menggunakan isu itu demi kepentingan politik peribadi semata-mata.

"Tuduhan Anwar dalam temuramah dengan media New Zealand bahawa terdapat cubaan menutup kes adalah tidak benar sama sekali.

"Ini satu lagi cubaan oleh Ketua Pembangkang untuk mengambil kesempatan merosakkan reputasi Malaysia demi kelebihan politik peribadi,” kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan lewat petang semalam.

Pihak Kerajaan turut memaklumkan penghargaan Kerajaan New New Zealand  kepada Malaysia kerana memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung kes tersebut.

Pada 9 Mei lalu, pegawai waran Muhammad Rizalman Ismail yang merupakan kakitangan bantuan pertahanan telah ditahan pihak polis New Zealand atas dakwaan menyerang seorang wanita berusia 21 tahun dengan niat merogol.

Beliau yang turut didakwa atas tuduhan pecah rumah bakal berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment