Followers

rantau ku sayang

Tuesday, July 1, 2014

Saiffudin Abdullah Letak Jawatan...Padan Muka Dan Tak Hairannya..

Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan daripada laman Facebook beliau, tindakan tersebut dilakukan atas dasar prinsip kebebasan akademik dan juga sebagai solidariti berikutan arahan letak jawatan yang diarahkan kepada pengasas yang juga Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman baru-baru ini.

Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan yang juga Dekan Fakulti Sains Sosial (FSS) Universiti Malaya juga turut tidak disambung perkhidmatannya sebagai Dekan FSS meskipun telah dicalonkan semula oleh pensyarah di FSS.

Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menambah arahan tersebut datang daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya tahu cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM) dan Prof Redzuan terima kedua-dua keputusan ini dengan berlapang dada dan atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau (Prof Redzuan), saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM hari ini,” kata Saifuddin.  

Difahamkan, arahan letak jawatan dan tindakan tidak menyambung perkhidmatan Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan dilakukan berikutan kajian dan penelitian berkaitan politik, demokrasi dan pilihan raya di negara ini sering mempunyai kaitan dengan pembangkang.

Malah, dalam satu pertemuan eksklusif dengan Astro Awani sebelum Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada Mei lalu, Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan pernah membayangkan bahawa kemungkinan besar perkhidmatannya sebagai Dekan FSS tidak disambung atas desakan pihak-pihak tertentu yang sering mengaitkan dirinya menjadi proksi parti pembangkang.

Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mewakili mana-mana parti dan segala kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL merupakan penelitian yang profesional serta dilakukan berdasarkan suara rakyat di akar umbi.

Penelitian yang paling besar dilakukan sehingga mendapat liputan meluas adalah apabila beliau mendedahkan hasil ‘survey’ sebelum Pilihan Raya Umum 2013 dimana manifesto Pakatan Rakyat mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia berbanding Barisan Nasional. 

No comments:

Post a Comment