Followers

rantau ku sayang

Saturday, July 5, 2014

VIRUS JE DI KAMPUNG SELAMAT.... BIHUN KANDANG BABI PUN DI KAMPUNG SELAMAT JUGA!!!


Perihal empat kematian yang disebabkan oleh virus Japanese Encephalitis atau JE yang dikatakan membiak di kandang babi di Kampung Selamat, Pulau Pinang telah pun diketahui umum.

Bihun, laksa dan mee yang dihasilkan oleh Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) juga di Kampung Selamat. Dan produk-produk tersebut turut pernah menggemparkan kerana selain daripada penipuan logo serta status HALAL JAKIM, kesemua produk dari kilang tersebut dihasilkan menggunakan sumber air kandang babi.

Pada masa yang sama, kilang ini turut menggunakan jenama yang sama yang dikeluarkan oleh KBB yang tidak ada kaitan dengan KBBI.

Untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. 

Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. 


Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD.Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.

Justeru, berhati-hatilah dengan apa-apa sahaja produk yang berkaitan dengan KAMPUNG SELAMAT kerana sememangnya ia tidak SELAMAT!!!

No comments:

Post a Comment